Hotel Review : Aonang Easy Room Krabi

Hai n assalamualaikum semua.
sepanjang kat Krabi atau sebenarnya Aonang,
kami check in 2 hotel
first Aonang Easy Room hotel ni then Aonang Goodwill
dua2 best bagi kami!

gambar kat bawah mostly ambik dari Agoda.com
kitorang pun book hotel2 nie through Agoda tau!
senang sangat.
satu lagi kalau takda credit card, boleh je book guna debit card
just masukkan no card :)

untuk 2 bilik standard double selama 3 malam, 
kami bayar RM746.30 sekali tax
so kalau datang berdua nak honeymoon ke, 
bajet 3 malam cuma lebih kurang RM248.80
harga sentiasa berubah ye

tips nak guna Agoda.com korang boleh compare harga website dengan harga app dorg
lagi satu klik je sampai booking
pastu korg jangan bayar dulu
nanti Agoda hantar email bagi coupon code sbb dorg ingat tak jadi book dah
za pun baru tau je hmm
next booking boleh try!

bangunan hotel. masuk ikut celah kedai Taj Palace tu. nampak MASSAGE CENTRE punya besar tu, jiran hotel huhu. credit Agoda.com

naik atas macam ni lah view dia. sebelah kiri pun ada bilik jugak. bilik kami kat hujung sana. credit Agoda.com

standard double room, kiri shower. credit Agoda.com

kanan toilet. bilik ni ada aircond, tengok atas tu. dan ada mini fridge. credit Agoda.com

bilik za n husb


best kat sini!
bersih, garden cantik and nampak baru
cuma yang kurangnya takdak tempat nak gantung towel/baju basah dalam bilik air
za bukak tingkap sangkut baju basah, room service tutup tingkap lah pulak
dan esoknya pakai baju tak berapa nak kering huhu

breakfast ada susu meiji original yang sedap tu
ada pisang
roti n jam ada jugak kut kalau tak silap
water dispenser panas sejuk ada jugak
Syahadah bancuh milo pagi2

yang ni semua kat bawah
dalam bilik reception
dorang tidur dalam tu
haritu kitorang lalu, depa tengah kick boxing haha
laki n perempuan
owner kut tapi muda lagi
kbai!

1 comment:

  1. Casinos in Montville, WV - MapYRO
    Casinos 남양주 출장마사지 in Montville, WV 순천 출장안마 · Bally's Hotel 성남 출장샵 Casino & Spa. Casino type: Land-based · Bars: 70. Bally's, 제주 출장마사지 Montville, WV. 오산 출장샵 · Casinos: 711. Casinos:

    ReplyDelete