Day 6 : Home Sweet Home, Balik Malaysia Naik Train Dari Hatyai

kita nak bagitau nih pasal hotel The Train Hotel
kita tak boleh tidur malam tadi!

fuhhh
bilik kami dah la view bumbung keretapi
agak2 apa yang berlaku semalam?
hmmm bunyi train
trainnya pulak kalau pagi pkl 4 ke 5 ntah dah start aduh hingaqqq

tapi bilik Huda n Syahadah city view
depa cakap tak dengar pun kuangasam
so reminder kat hampa kalau nak duk sini mintakla city view

hmmm dah nak balik ke?
sedih pulak kan
rasa macam takmau balik tapi kalau tak balik tak siapla fyp hewhew

so far memang best ke Krabi n Hatyai nih
kami berempat trip ni
Za, husb, Huda, Syahadah je
rindu semua
rindu kawan2 yang lain jugak
entah bila lagi dapat jalan sama2 macam ni lagi
even nak jumpa dating sekejap pn hmmm
tapi husb i mestila i duk jumpa lagi hari2!

insyaAllah ada rezeki boleh repeat Krabi lagi
tapi tour lainlah pulak kan
banyak lagi pulau lain; James bond island nak p jugakkk
atau boleh p dari Phuket ke pulak nanti?
we'll see

eh pagi ni kami siap2 untuk naik train balik
takla awal sangat pun sbb hotel just atas stesen kan
pastu time za tengah beli tiket boleh pulak ada 2 ekor anjing tengah bergaduh
dia mai lari ke kaki aku
nasib baik ko x gigit kan ish ish ish
pastu sampai Padang Besar awal pulak
breakfast dulu kat stesen tu
ada nasi lemak!
kbai kita dah sampai mesia pun.

0 comments:

Post a Comment