Day 4 : Part 1 : Phi Phi Islands, Maya Bay, Bamboo Island

27/12/2017

Hai semua.
kita sambung lagi.
weh dah nak habis tahun 2017 dah ni baru nak post.
i is busy, tapi taktau busy dengan apa lol

kembali ke 8/4/2017

so harini kami ada Phi Phi Island tour.
dan harini kami akan check in hotel lain pulak
kami tidur di Aonang Goodwill Hotel pulak malam ni
sebab apa? sajaaa

pagi sebelum ke tour kami p letak beg kat hotel tu siap2
dia letak dalam stor

dan start lah tour
first stop sightseeing ja, aaa dah lupa nama
pastu next ke Maya bay

tak ingat nama. bila berhenti kat pit stop nanti tour guide akan cerita la pasal tempat tu

yang ni kalau tak salah tempat nelayan berhenti kut. nelayan ke lanun eh. kat situ ada signboard bagitau tak boleh masuk


and ke Maya Bay
omg crowded gila, really dont know what to do here
cantik dan ramai sangat sebab memang tempat pemes
so weols pun berjemur bawah batu besar tu dengan ambik gambar ja

dengan orang ramainya, dengan bot parking tepi pantai ades


this crowded. ni sebelah kanan kami. sebelah kiri yang lagi panjang lagilah ramai orang hmm

selfie jalah sbb taktau nak amek gambar apa dah haha

pasir kat Maya Bay ni gebu gila okay
depa tiga tanam i kat dalam
sejukkk ja
memang kami tidur pun kat sini sebab betul betul taktau nak buat apa
dia bawak ke Monkey Beach jugak
tapi cukuplah kami tengok monkey dari jauh
yang dekat mesia ni pun tak tertengok dah
pastu p makan kat Phi Phi Island
my favourite part of the trip!
kat sini ada hospital ye

nasi putih + thai basil chicken + tomyum sayur + sayur kubis + fish cake sedap gila

spaghetti + buah manis + teh o panas self service

kalau tak silap kopi pun ada
yang ni semua makan buffet
halal and sedap sangat!
dia macam makan kat restoran la
tapi include sekali tour
last stop kami ke Bamboo Island
kat sini memang best and cantik gila
air cetek even hampa dah ke tengah laut
kami tiga je mandi laut, Syahadah mandi matahari kunun
takda gambar sebab kami mandi, dah serik dengan camera phone berkuap
lama jugak hp jadi gelong, nasib baik okay balik


tour guide kami. nama dia Det

Det ni duk sebut kapitan kapitan apa benda la aku tak paham
rupanya dia cakap kapten
banyak pengaruh Russian ye


trip harini dengan Aonang Photo Travel! best jugak!

trip ni ada orang tak berapa nak happy
sebab Phi Phi ni jauh, of course weols naik speedboat
macam ke Hong Island haritu naik longtail
Syahadah muntah wehh!
nasib weols tak tergoda tapi mengundang jugaklah loya
padahal dah makan ubat tahan muntah tau
so sapa yang agak tak tahan naik bot tu bawakla plastik siap2 standby

and lastly balikkk!


Aonang Goodwill Hotel

Hotel ni perabot dia macam klasik sikit
kayu
kalau Aonang Easy Room dia modern
okay full hotel review boleh tengok next post

malam ni nak p Krabi night market pulak
tunggu next post ye!

0 comments:

Post a Comment