Day 3 : Part 3 : Emerald Pool

Destinasi last untuk pakej ni is Glass pool, Blue pool, Emerald pool. kami tak amek pakej sekali lunch pun sebab takut tak sempat nanti. rupanya betul cukup2 masa je timing dia

sebelum masuk briefing dulu. punyalah depan dengar briefing.last2 kami 4 terlambat sebab dia habaq waktu lain kat kami. nasib baik ada couple melayu tu bagitau waktu berkumpul yg baru. kelam kabut salin baju tau!

first masuk tu nanti ada peta. nak ke Blue pool ada 2 jalan kalau tak silap. masuk tu dah boleh nampak Emerald pool dah. tapi alang2 dah sampai sini, kami menapak la sikit ke Blue pool. dalam perjalanan tu nanti nampak Glass pool ni. clear.tapi.kotor.kat.bawah


Glass pool

Blue pool

kat Blue pool nih bolehla tepuk-tepuk tangan. nanti ada buih kat dalam air tu tau. baca dari blog orang jugak. memang jadi betul!

and lastly patah balik ke Emerald pool

kat Glass pool dengan Blue pool tu takleh mandi ye. tengok Emerald pool nih ha punyalah ramai orang mandi. aduh memang ramai gila lah. kami p bulan April. pastu hujan lah pulak. kat sini i dengan Huda je mandi. lantai licin, dalam jugakla. macam biasalah tak reti berenang, berpaut pada Huda pulak kali ni. tapi ada tali tau kat tepi2 tu untuk naik kut. air dia bolehla jernih, boleh nampak kaki dari atas

pastu p toilet tukar baju sebab ada akak dari mesia jugak satu van dengan kami cakap dah nak kena naik van. lol padahal ada lagi sejam kut. rupanya tadi masa brief dia salah cakap. jalan nak ke gate depan dalam hujan emm boleh gagah feeling dia.

petang dalam 530pm kami jalan kaki ke Aonang beach
i beli banana nutella pancake dari Rotee Yaminlah 45bht
beli 3 pancake pastu dia bagi diskaun 5bht
beli orange fruit shake Isika 30bht
husb za beli fish cake, udang tipu, popia 100bht
pastu kami makan kat tepi pantai, tengok sunset


makan beradap

banana nutella yang pemes tu. ni kalau hari2 beli jenuh jgk duit. nasib time bercuti ja

fresh orange

sunset dulu. subhanAllah

malam kami makan kat area masjid, dekat je dengan Aonang Goodwill hotel
kedai ni nama dia Kedai 69 Halal Food. nanti i buat review sekali menu dia insyaAllah


sedap n murah!

order tomyum seafood + telur dadar + nasi putih 2 + cappucino + green tea 190bht



nasi putih jer

murah kan dari semalam punya? huhu

sedap pulak tu!

pastu nak jalan balik ke hotel,
singgah beli serbuk green tea 100bht

tu jalah cerita harini, till next!

0 comments:

Post a Comment