Honeymoon Bajet Langkawi Bawah RM400 - Day 1

Assalamualaikum,

so pagi tue i woke up at 6am ( tak awal pun? mihmih )
terus mandi, solat and made breakfast
scramble egg with cheese, slices of tomato and pap! kepit dengan roti
buat telur 2 set, tapi end up bawak satu sebab abgku dah lambat tak sempat buh dlm ziplock beg sebab ketat ( ?? )
(read: punchcard pukul 730am, jam dah pukul 7am, dan masih di jitra)
letak dimsum dalam rice cooker, dah keluar rumah baru teringat terlupa nak pack
letak fruits in mini mason jar, siap decorate lg jar tue, end up sampai sana terlupa nak makan
letak pavlova dalam tupperware, masa bawak memang cantik cun habis
sampai sana sempat la tunjuk kt husb, tapi cakap kat dia, nanti kita makan tepi pantai 
sweet sangat
tapi end up cair kat oriental village, boleh pulak terlupa, dah siap jalan2 baru teringat ada kek dalam kereta T_T
takpalah bukan rezeki..so mai sini nak cerita lagi detail, baca sampai habis tau..

hotel kami pilih T Star Cottage, booking by call, nanti dia whatsapp details untuk payment
za transfer online and screenshot receipt, and whatsapp balik kat depa
this is their website : T Star Cottage
ada 2 options, kemudian lagi 3 options

1. Bilik aircond/kipas
Kami pilih bilik kipas sebab pertama mestilah lagi murah! hihi
Jangan risau, cottage dia kayu, tak panas pun siang/malam
Bilik aircond harga RM95 while bilik kipas RM55
ehemmm jimat banyak tue..tapi spare duit lebih, sebab deposit RM100
takyah malu2 nak book bilik kipas kalau betul2 nak jimat..
sebab ramai mat saleh kaya raya duk bilik kipas jugak tau. haha

2. Ada 3 jenis cottage
Kami duduk kat bilik nie, bilik kipas kat bawah, kalau no M13, haaa dia la tue bilik kami
Tapi M8 la, bukan bilik kami yang atas nie :P


Yes memang cantik macam ni!


Ada tempat nak bersantai. ada ashtray sekali
Toilet dia pun kemas and lawa. Yang tirai tue ada cermin. Nak mandi bukak tirai pun boleh kalau tak malu ><

All these photos credits to their website ya. sebab dah letih sangat, masuk bilik terus buat sepah, cari baju, solat apa semua. nak amek gambar bilik masa nak checkout malas pulak sebab bilik dah serabai tak kemas walaupun dah kosong :P


TAPI ada sesuatu yang kurang dalam bilik nie.

Blanket yang dia bagi tue berbau sikit ( tapi rasanya berbau banyak )
bau hapak baq hang. taktaula sebab tak basuh ka sebab basuh sidai tak kering ka. jadi kami selimut guna tuala ja. malas nak p mintak tukaq sebab tidoq semalam ja. lagipun kami bukannya nak duk kat bilik sangat. kalau hampa nak p, za recommend la! sebab environment best, staffs pun friendly, tapi make sure hampa p mintak tukar la apa2 yang hampa tak bekenan, jangan macam kami tau! btw, za tanya arah kiblat kat staff tue and dia offer za, nak sejadah dak :') arah kiblat ada dalam bilik katanya tapi za tak jumpa pun. tapi kat laluan ke bilik nanti ada tunjuk. make sure dongak kepala sikit tengok atas

hotel nie best sebab memang sunyi, sesuai untuk orang nak berhoneymoon dan memang satu bilik boleh masuk 2 orang ja



Tengok maximum per room : 2 pax only




Hat nie pulak service depa
1. Hotel = RM55
okay habislah pasal hotel, kita p kat kereta sewa pulak

mmmmmm kereta sewa. haritu tanya iklan viva RM40 yang kat mudah.my tue. dia kata nanti nak bertolak habaq kat dia. bila telefon masa nak bertolak tue dia kata habis.

so, kami redah ja. lagipun banyak orang promote keta sewa kat jeti nanti. dont worry

2. Tiket feri =  RM18 x2 = RM36

dah turun feri, ramai ja orang duk promote keta. orang tue kata RM40, sekali dia p bagi kami kat pakcik tue, dia nak bagi waja RM50. nak buat apa, kami nak yang murah, bukan nak yang besar, lagipun berdua ja. terus tinggal pakcik tue. pastu brader tue approach lagi. dia bawak p kat orang lain pulak. lepak stabaq baq hang. itulah kali pertama za masuk starbuck! :P dia cakap RM40! kami amek terus la.

Dapatla kereta sewa Kia Rio. condition exterior okay la. tapi ada bau rokok sikit. tapi bila kona stereng...chriiiittttt chrrittt bunyi dia..bunyi bearing ka apa za taktau la. tapi kalau bukak tingkap memang kuat bunyi dia. plan asal nak naek moto tau. naek skuter ala2 mat saleh nu. tapi naseb baek lagi. dah la sama harga dengan keta, malam tue hujan pulak. haha. deposit kereta RM50

3. Kereta sewa = RM40 x2 = RM80


lepas tu kami p isi minyak, beli air mineral, maggi sebab dah lapar sangat

4. Petrol + F&B = RM20 + RM1.20 + RM2.50 = RM23.70


Destinasi pertama kami, Oriental Village. sebab baca blog sini sana orang pakat p situ. nah kami belanja gambar kami yang tak seberapa ni :P

Kereta kabel ( read=cable car ) tak naek pun weh. nak jimat la katakan. tunggu ada anak nantila kut baru naek. insyaAllah. pastu husb cerita dulu masa dia naek dengan mak, abah, adik dia, dia penah petik macam nie "nie kalau jatuh nie, mati teruih nie", abah dia terus jerkah. haha. biasalah budak sekolah rendah memang jujur. ekekeke


orang kata tshirt kat sini murah2. tapi tshirt i
langkawi yang basic tue za tak jumpa pun. mmmm. ada tshirt hard rock langkawi tau, cantik sangat sebab tulisan hard rock dia guna batu bling bling, kain lembut betui. rm35 kut kalau tak silap. sebab tengah bajet and sebab tak exist, jadi za tak beli pun :P

on the way back from oriental village, singgah perdana quay telaga harbour park




pastu jumpa pantai kok..ala nak try hafiz rojak yang femes tue
tapi bukak lepas jumaat
singgah solat jumaat kat tepi jalan. za tidur dalam kereta nyenyak jugak sebab malam tue za tak cukup tidur. tidur 430am, bangun pukul 6.huhu

kami isi minyak lagi sebab keta nie kedarah minyak T_T


5. Petrol = RM20.50 ( 10l hehe )


kami terus ke cenang mall. beli slipper sebab za terlupa nak pack. dah nak keluar rumah masa abg za tengah kejan2 tue, ala slipper dalam kereta za. nak masuk balik amek kunci? jangan harapla. lagipun slipper buruk. rezeki tue. ada hikmah di sebaliknya :P


za beli fipper slim RM20.90. rasanya yang nie takyah masuk dalam bajet umum kut. hampa bawak jelah slipper hampa hat ada dah kat rumah tue


oleh kerana harinie kami breakfast sandwich saja ( itupun share ) jadi semestinya za dah lapar. so lunch kami kat dalam cenang mall, KFC 


6. KFC
= RM14.10



husb za yang gemuk amek lil zinger set ( seriously? HAHAHAH ) and za amek set nasi tapi upgrade milo. org diet tue order 7up lepastue menyesal tak amek milo. rasa tak sihat katanya sebab minum gas kerap sangat



lepas tue dah pukul 3 lebih, kami pun check in hotel, za solat, and tidoq! bangun petang solat asar then ke pantai kok lagi

this is hafiz rojak






bagi za pasembor okay jugak tapi mee rebus bolehla. sebab za rasa kat kodiang lagi sedap sebenarnya. orang luar kodiang, nanti singgah kodiang okay, worth give kodiang a try sebab memang better than this kedai :) nanti za buat review pasal kodiang na. my first hometown nie ><


mee rebus + pasembor + cendol + cincau


7. Hafiz Rojak
= RM9.50

harga standard tak murah tak mahal


plan za nak tengok sunset petang tue. tapi masa kami sampai cenang, dah azan maghrib dah, so terus balik hotel la


lepas dah siap2, kami keluar untuk dinner. kali nie ke seashells kat laman padi. sebenarnya husb za teringin set nasi kukus kat sini, tapi sebab kenyang lagi n harga pulak dah la quite mahal, risau membazir kalau tak habes :(



ini gambar siang

waktu malam romantiknya alahai

set nasi kukuih dia. kalau macam nie takkan tak terliuq lagi?

makan pulak kat tengah bendang. tudiaaaaa

ini harga certain menu di seashells


kalau macam nie, memang sampai tua pun bujang :P


Choice of Ayam, Itik or Daging


Tadi kita termenung, yang ini siakap RM45, bunyi macam worth, tapi poket nipis, insyaAllah ada rezeki nanti kita try











Nasi goreng paprik. saya request udang instead of ayam :) RM7

tomyam seafood RM7

za order nasi goreng udang paprik while husb order nasi putih and tomyam seafood. za punya sedap juga. tomyam husb za erm erm okay jela. kat sini ada live busking tau. best jugak. za nak mintak depa nyanyi 'happy birthday' husb kata malu oiii. haha. tiba2 depa ada mai meja sebelah kami and nyanyi lagu apa tak ingat la tapi dia ada sebut gadis dalam lirik tue. lagi satu lagu nat king cole - LOVE..sweet sangat :P rasa special pulak walaupun jeles ada meja nun kat tengah sawah sana tengah bercandlelight dinner. potong kek dengan pedang samurai baq hang!

8. Dinner= RM19.50 ( assumption sebab lupa, tapi sure below RM20 )



 Some photos credit to their official facebook. Klik untuk ke facebook Seashells Cenang

lepas makan kami wander around jalan-jalan macam tourists laen. so much tshirt stores there tapi takdak yang bekenan
then ada satu kedai tue tshirt dia RM5 ja! tapi nipis sikit la, and kain dia keras. kihkihkih. sebab malas nak cari design ilangkawi tue, kami give up and teruskan perjalanan. kami beli burger daging + telur, roti kat breadhistory, ada offer buy 1 free 1, sebab dah nak tutup kut. ingat nak try the loaf, tapi dah tutup dah. and beli roller coaster kat 7e

9. Burger + Nescafe + Roller Coaster + Roti =  RM4 + RM2 + RM4.90 + RM3.90 = RM14.80

kami pun balik makan dan tidur..zZzZz


Total day 1 include hotel = RM273.10

0 comments:

Post a Comment