Day 1 : Naik Train ke Hatyai & Ke Krabi

4 April 2017

Malam sebelum tue dah set alarm pukul 5am, sebab demam selsema tak habis lagi, so tidurlah awal. Janganlah demam sampai krabi. Anehnya za tak dengar langsung alarm tue bunyi, tapi terjaga pukul 503am sebab dengar husb call.lol

Husb za kerja shift malam, pastu dia balik awal, pukul 5 tue keluar dari kilang (prai). dalam pukul 545am kami keluar dari usm. terus solat subuh kat stesen train nibong tebal, elok2 ja sudah solat 613am ( waktu train ). tapi train lambat 3min. btw, tiket train komuter Nibong Tebal - Padang Besar RM12.10, beli pagi tue jugak. pstu kami jumpa muka2 familiar. abang2 kedai siam favorite kami, Dolah Seafood yang depan Asmah Jalal tue. depa nak balik kampung kut.

Masuk dalam train pulak, jumpa lagi muka familiar. Syahadah duk tepi Lepat. kenal x Lepat? Nie ha. Yang anak dia nama Aminah & Azali tue


Aizzat, Lepat dan Syahadah

Kami sampai stesen Padang Besar pukul 820am. takla lama sangat naik komuter pun kan? sebab kami awal sangat, kami duduk la rehat2 sat tunggu imigration bukak. nak beli tiket train pun tak bukak lagi. semua bukak pukul 9am ( waktu Malaysia ).

Kat stesen PB nie ada mobile money changer tau. ada makcik siam pakai tudung tue boleh tukar duit dengan dia in case nak tambah duit. rate okay jugak 7.7 sama macam kami dapat kat Tesco Alma, tapi kalau kat Mydin kami dapat 7.75 ( rate April 2017 ).

tiket ke Hatyai yeayy

Lepas beli tiket train 70BHT, kami cop passport. Pukul 10am ( My ) train jalan, sampai Hatyai pukul 1048am ( My ). Dalam train tue pun ada money changer, rate dia lagi tinggi, 7.8 kut kalau tak silap. pastu ada pakcik cina ka siam ntah promote tour dengan van ke krabi. gila van ke krabi 800BHT sorang. macamlah kami tak survey harga sebenar around 350BHT - 400BHT.

Sampai Hatyai memang ramai gila tuktuk dah tersedia tunggu hampa. za tengok ada blogger suggest SB tour untuk van ke Krabi 350BHT,kami reject semua sebab kami pilih untuk jalan kaki ja. tengok dalam map tak jauh pun dari train station tue.

Ada lagi orang mai tau. ada pakcik tue, Haji Hashim dia kata. Nak p SB tour cakap kat dia, dia bawak kami p kat tuktuk, tiba2 kami yg sesat2 nie terus nampak SB tour depan mata. eh pakcik tue siap pesan lagi nak beli jangan beli dari kafir, beli dari orang Islam XD

Van SB tour dah penuh pulak, kalau nak kena tunggu pukul 4pm ( Thai ) memang takla. so kami patah balik sebab tadi dah nampak Mee Mee Tour. mengadap lagi pakcik Hashim. tapi kat Mee Mee Tour mahal sikitla, 380BHT. van pukul 1130am ( Thai ).


makan dulu

Depan Mee Mee Tour tue ada kedai Muslim jual ayam, udang, somtam macam tue. 1 ayam 70BHT, 3 ketul 200BHT. kami amek 3. Huda n Syahadah share ja.

pastu singgah 7E beli bekal makan 6jam perjalanan ke Krabi.
Susu pisang Meiji ( sedap! ) dengan Chicken Cheese Burger. Total 67.50BHT

1150am naik van, pastu pusing2 ambik orang, pukul 1237pm baru keluar dari Hatyai. Driver bawak 90-100km/j ja. sepanjang jalan tue cuma jalan kampung & pekan kecik. jalan kat area Trang ada berbukit sikit, driver tue tak berhenti pun kat RnR. omg 6jam tahan kencing!


hotel kami Aonang Easy Room

pukul 439pm dah lalu pekan Krabi yeahhhh. safely arrived at Aonang Easy Room at 523pm!
bilik not bad luas dia, ada kitchenette dengan sink. toilet sebelah kanan, shower sebelah kiri. ada tv, hot shower, aircond, wifi! semua nampak baru, bersih semua elok. fyi, bilik ni tingkat atas tau. deco dia ala2 garden, cantik! depan bilik kami ada massage centre, tp takleh p straight, kena naik tangga lain kat ground floor.

lepas solat zohor, asar, maghrib, isya kami keluar dinner. jalan-jalan sampai jumpa restoran Firdaus Halal. za dengan husb order 3 pinggan nasi + seafood green curry + omelette + iced mocha + ais kosong 340BHT. boleh gagah mahal kan. green curry dia sedap jugak. tapi tomyam hancur. rasa pes weh! tomyam Dolah lagi sedap kut!



makan di Firdaus Restaurant, tour dari Soofa Travel Tour

dah kenyang kami jalan2 cari tour untuk esok. baca kat blog barracudas makan sedap so ingat nak amek phi phi island tour dari situ. omg kami masuk kedai depa buat taktau ja. pastu layan tak layan. harga 1200BHT sekali national park fee

pastu round habis kiri kanan jalan, at last kami beli SEMUA tour dari Soofa Travel Tour, akak tudung koko tu. sebab ada 2 pakej murah dari dia, kami decide patah balik n amek semua dari dia terus.

total tour untuk 3 hari kami dapat 3000BHT

package include:
1. Hong Island + kayak ( park fee 300 )

2. Safari + Hot Stream + Emerald Pool
3. Phi Phi Island ( 700 + 400 park fee )
4. Van return ke night market ( 150BHT )

van return tue kalau kat tempat lain 200BHT - 250BHT tau! kami dapat murah sebab amek semua dari dia :D nanti cari akak ni ya!

pastu jalan2 kat kedai2 tue nak cari topi hehe. dah aim ada satu topi tue, pusing2 tak jumpa pun, za dengan huda la duk cari yang tue jugak. rupanya dia pun aim style yang sama lol. dapatla 2 topi 300BHT, kedai topi tue sebelah kedai tour tue ja. cis. jauh kami cari tadi sampai ke area aonang beach. pastu kami p kedai tour tue balik tanya van balik ke Hatyai. dapat 300BHT ja weh bahagianya tidur malam tue haha

otw balik hotel jumpa kedai burger, moto ja tapi dia ada tempat masak sekali
burger daging 70BHT mahal weh. tapi aizzat lapar dah, beli jugakla. rasa bolehla biasa2 ja macam kat malaysia


burger Aonang katanya, 70bht haha. kat sini RM7 aku boleh dapat burger daging double special lagi

singgah 7E pulak beli rain coat 2 x 29BHT, susu meiji orange 12.5BHT ( tak sedap! )
jalan2 lagi
singgah 7E lagi sekali beli nescafe 40BHT, 100+ 27.5BHT

Day 1 yang letih:
Train KTM Komuter Nibong Tebal - Padang Besar : RM12.10 x2

Train Padang Besar - Hatyai : 70BHT x2
Van Hatyai - Aonang : 380BHT x2
Ayam goreng : 140BHT+-
7E Hatyai : 67.5BHT
Firdaus Halal : 340BHT
Tour 3 hari + van night market : 3000BHT x2
Topi : 150BHT
Van Aonang - Hatyai : 300BHT x2
Burger daging : 70BHT
7E 1st : 70.5BHT
7E 2nd : 67.5BHT


Total Day 1 for 2pax :
RM24.20
8405.5BHT

1 comment: