Day 2 : Kayak di Hong Island Best Ke?

selfie dulu. atas tu Aonang Easy Room!

dari hotel kami, bertolak ke Nopharat Thara pier naik songteaw. macam kereta pickup tue tapi depa letak seat. tour guide kami harinie Krabi Trips Thailand. service terbaik! actually masa book kt agent semalam, kita taktau pun kita amik tour guide company mana. agent akan bagi ikut bajet kita la. tapi serius best dengan depa nih!


resit dapat semalam. nanti bolehla contact no telefon kat atas kalau berminat ^_^

breakfast dulu sebelum kumpul briefing
roti beli kat 7E, ada halal jangan risau. tuna bawak dari malaysia ja

breakfast roti+tuna dengan pisang hotel bagi

lepas briefing tour guide tue ajak amek gambar
"okay everyday, everyday we take a picture!"

one happy family. ada je yang tak ambik kayak ke Hong Island jugak

kami dah gelak macam orang gila dah, sory mudah terhibur

memang dia nak cakap everyday ke everyone?

"okay everyone, everyone we take a picture!"  ??

tapi lain2 dia speaking memang bunyi slang orang putih, kenapa spoiled kat situ haha


untuk ke hong island nie kami amek longtail. first time naik, best. takdalah slow sangat pun. rasa macam naik kereta kut. takda bumpy2 ka apa. ada couple dari malaysia, brazil, argentina, spain, hindustan

first stop lading island. kat sini boleh mandi, snorkeling. ada banyak ikan macam nemo tue even kat tepi pantai ja. air laut jernih, cantik! orang pun tak ramai. banyak mat saleh ja. melayu rasanya cuma kami 6.pastu ada bbq lunch


Koh Lading

us

happynya adess

hai

sedapnya. tambah2 tengah lapar pulak


nasi + chicken kebab + mussel + baked mackerel + mix vege + watermelon + pineapple
buah2 tue memang manis gila!



life jacket i macam budak punya je?

next kita ke hong island pulak, kat sini lah ada hong lagoon yang cantik tue
macam nie


tak cantik pun. takdak gambar lain dah hmm. bila kayak sampai ke lagoon air dah cetek. jernih. cantik. camera phone berkuap dalam waterproof case tu. so. blur. yeah


gambar sendiri takda sebabnya tak habis2 mengucap
takut weh, ombak dia kuat gila, sekali dia naik ombak, sama tinggi dengan za
kena marah dengan aizzat sebab dia fobia pernah lemas, padahal dia pandai berenang

kat depan kami ada 1 couple melayu lagi
huda dengan syahadah kat depan lagi sebab tour guide sorang tue tolong kayuh untunglah
bila kami dah nak sampai bawah gua tue, ombak tolak
nak lalu kat luar gua, ombak tolak lagi
ada la 3-4 kali cuba, last2 boleh jugak masuk bawah gua
serius takut lah dengan ombak dia, memang rasa nak terbalik kayak tue
tak sama tau macam kayak kat tasik


dah boleh balik bilik


then balik tue lepas solat, kami cari makan kat area aonang beach
kat sini lah ada pancake yaminlah yang femes tue
makcik yaminlah tue boleh cakap melayu
tapi sayang dah habis ( tudung pun dah cabut. eh XD )
pastu kami beli fruit shake isika, za order mango + banana 45BHT
err rasa creamy banana tue buat jadi muak pulak
pastu stop kat kedai makan


air ada, buah pun ada

ha pilih pilih

makcik ni la yang masak. ades dia basuh kuali sekali basuh tangan dia dalam tu. the real air tangan ibu haha

massaman chicken curry + nasi putih 2 + telur mata 1 + sotong cili 300bht. air tak order k. mahal sebab dekat dengan beach. hmm dah la sempit dan takdak seat memanjang. rasa pun so-so ja

yang sebelah tu dari Russia. dia cakap never been to Malaysia. Malaysia mahal

kemudian duduk pulak yang 2 ni. yang perempuan tu dari Australia. yang lelaki dari London. tengah mengejas aweks tu. puji kemain depan kami haha. negro London tu pun cakap Malaysia mahal. dan dia nyanyi "cuti cuti Malaysia"

pastu blah balik singgah beli iced coffee kat kedai tour 50BHT

sebelum balik bilik singgah lagi kat 7E beli seaweed rice cracker + seaweed lime chilly + keropok potato pedas

kesimpulannya nak kayak kat Hong Island ni kena pandai berenang hahahah. kena kayak kuat2 sebab nak lawan arus ombak. best! dan letih.

malam tu lepas dinner i p massage kat massage centre depan bilik yg i cakap tu. sebab badan memang lenguh dari hari first lagi. banyak jalan jauh dengan galas beg berat. kalau tak silap 300bht yg oil massage. i sorg ja. husb tggu kat luar main phone. guna wifi hotel ja

0 comments:

Post a Comment